Thursday, 2 August 2012

BERSYUKURLAH :')

Bismillahirrahmanirrahim.

Berjalan tanpa partner- itu aku untuk sem 3 ni.
Kadang-kadang innocent je rasa bila jalan sorang-sorang.
Perasan!

Beberapa hari yang lalu, lepas habis kelas, aku pun singgah ke kiosk Econs untuk membeli..err..topup! Bukan makanan! Puasa kottt..
Then, ada seseorang yang semangat melambai-lambaikan tangan kat aku. Aku pun macam biasa pandang tanpa rasa bersalah. Hei, ok. Kene tegur sebab tak sedar diri dah rabun tapi tak pakai cermin mata.
Disebabkan kitaorang dah lama tak jumpa dan berbual..

So, mula story mory.

Fahada.
Pernah tak dengar cerita tentang 2 orang pemerintah ni? Seorang pemerintah ni zalim, seorang lagi baik sangat. Bila Allah beri sakit kepada 2 pemerintah ni, datanglah tabib untuk merawat. Then, tabib tu kata cuma ada seekor ikan ni je yang dapat sembuhkan penyakit tu. SEEKOR saje. Achaner tu? Pemerintah tu pun pergi cari..tapi yang dapat ikan tu si pemerintah yang zalim. Malaikat pun tanya Allah..kenapa pemerintah yang zalim tu dapat? Allah kata sebab dia pernah buat satu kebaikan, Aku pun nak balas balik supaya bila kat akhirat nanti dah tak ada kebaikan yang dapat dikira. Aku tak beri ikan itu kepada pemerintah yang baik sebab Aku nak hapuskan dosa-dosanya bila dia sakit. Supaya bila di akhirat nanti, dia dapat masuk ke Syurga tanpa dosa untuk dikira. Subhanallah. :')

Fahada.
Tahu tak bila kita sakit Allah hantar 4 malaikat?
Malaikat pencabut seri wajah, Malaikat pencabut selera makan, Malaikat pencabut kecergasan dan Malaikat pencabut dosa. Bila Allah sembuhkan sakit kita, Allah akan suruh keempat empat Malaikat tu pulang kan balik apa yang diambil kecuali Malaikat Pencabut DOSA je yang Allah tak bagi pulangkan apa yang diambil. Bila Allah beri kita sakit, tergugurlah dosa kita. Subhanallah. Sayangnya Allah kat kita. Allah baik sangat dengan kita sebenarnya.

Fahada,
kita pun tak boleh cakap makanan tu tak sedap, Nabi SAW pun kalau baginda tak nak makan, dia tolak dengan cara baik tanpa mencela makanan tu. Sama juga untuk perkara-perkara dan benda-benda lain. Semua ni nikmat Allah bagi. Sikit je kita bersyukur. Sama-sama kita doa supaya kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang Dia bagi ya. :)

Sahabatku,
perjumpaan yang tak disangka even pun hanya lebih kurang 15 minit bersama kalau tak silap, kau dah beri sesuatu yang berharga untuk aku. Allah dah aturkan perjumpaan kita hari itu untuk kau beri peringatan indirectly tentang bersyukur kepadaNya. I'm proud of you. Sentiasa peka dengan teguran Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, yang kadang-kadang manusia sering alpa. Astaghfirullahal'azim. Kalau boleh aku ingin selalu bersama agar dapat menegur aku yang sering leka. Sebaris nama indah identiti diri memang sepadan dengan diri kau. :)
Jazakillah khair habibati.
Ma'assalamah.



"  Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat."
-Surah Ibrahim : 7-



Wassalam.

No comments:

Post a Comment