Sunday 5 August 2012

HARTA KITA :')

Bismillahirrahmanirrahim...

" Wahai manusia! Jika kamu meragukan hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya."
-Al-Hajj : 5-

Alhamdulillah, Allah izinkan aku bersama 3 lagi hawary mengikuti program yang dianjurkan oleh club JKQ. Terima kasih habibati Fareha..sudi mengajak kami yang dari club lain. Hee.

4 Ogos 2012. Sabtu.
Lawatan ke PUSAT KEBAJIKAN SITI NOR AINI (warga emas), KAJANG, SELANGOR.

Bila Fareha mesej beritahu details dan satu perkataan yang membuatkan aku musykil.. 'atok-atok'. Err..nenek-nenek tak ada ke? Nama pusat pun dah menggambarkan hawa, tapi? Ok. Menanti dengan penuh  curiga pada hari kejadian.

Alhamdulillah sampai sana dengan selamat. Dari dalam bas, aku mencuri pandang ke rumah yang dimaksudkan. Betul ke? Turun bas dan berkumpul di hadapan pagar untuk briefing dari PM JKQ.
Telinga yang ditadah tidak betul-betul diberikan fokus sebab mata melilau memerhatikan keadaan rumah. Tangan tiba-tiba menggenggam erat tangan hawary disebelah. Be honest, I'm afraid! Bukan takut sebab melihat penghuni rumah istimewa tu, tapi takut tak mampu kawal perasaan. =.='

Sesi beramah mesra.
Aku dan hawary aku memilih untuk merapati seorang pakcik yang berbaring di atas katil, disangkanya tidur, mungkin dia perasan, so dia bangun. Serba salah tiba-tiba. Hawary mula menyoal. Namun memandangkan kesihatan pakcik itu tidak mengizinkan dan mempunyai masalah suara, perbualan kami terbatas. Tapi, pakcik tu nak juga cuba beramah mesra dengan kami. Ya Allah.

Berpindah angin ke luar rumah. Memerhati pakcik-pakcik lain. Ada yang duduk di kerusi roda, ada yang memegang tongkat, ada juga yang duduk di sofa. Ada pakcik yang ramah bercerita, berkongsi rasa, berkongsi nasihat, berkongsi pengalaman.

Seorang pakcik yang suka bercerita, suka juga memberi nasihat, ada juga tazkirah sebagai selingan. Subhanallah.
" Jangan derhaka kepada mak ayah kita".
Itu je yang dapat tangkap sebab aku pun datang last minit.

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepadanya perkataan 'AH' dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."
-Al-Isra' : 23-

Mata mereka adalah kelemahan aku. Ya Allah,  Mata tua, tersembunyi rahsia. Terlihat air mata bergenang dalam kelopak mata tua. Mata yang menghala ke jalan raya...Ohh..dimanakah waris penghuni-penghuni rumah ini!?

Aku kagum dengan seorang pakcik ni. Hanya dia saja yang kopiah dikepala. Pakcik puasa. :) Semasa kami duduk di lantai berhadapan dengan katil pakcik ni untuk siapkan beberapa tugas, pakcik ni duduk memerhati. Tiba-tiba wajahnya bertukar. Pakcik pening kepala. Dia bertakbir. 2 sahabat yang duduk berhampiran pakcik tu membantu pakcik untuk baring berehat. Mataku merenung wajahnya. Alangkah terkejutnya aku bila bacaan surah Yassin meniti di bibir pakcik itu. Allah! Besarnya kuasaMu. Dengan usia sebegitu, masih mampu mengingati ayat-ayat cintaMu. Mengherdik diri sendiri yang cuma menghafal hanya ayat hadapan. Malu dengan pakcik. Ya Allah, mungkin aku tersilap bertanya..atau tak patut ditanya tentang hal itu.. " Saya baru lagi kat sini, ANAK MAI DATANG HANTAR." Allah, ayat terakhir bagai menyiat hati. But how and WHY?!!

Aku pun tak berani nak mencela sikap waris-waris mereka yang membuang mereka tanpa perasaan. Kalau pakcik-pakcik ni tahu mereka akan DIPINGGIRKAN dan DIBUANG bila tua, adakah mereka masih akan memelihara anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh? Kita manusia, hanya hambaNya, tidak tahu masa hadapan yang masih menjadi rahsia. Bila hati digumam rasa kesal..Teringat pesan Bonda tersayang " Tak apa..ALLAH ITU MAHA ADIL". Tak jadi nak kuruskan puasa hari itu.



Senyuman mereka..Subhanallah! Memberi seribu rasa dalam hati aku. Aku harapkan kedatangan kami dapat menghilangkan sedikit rasa sunyi mereka.

Sakit Sedih mereka tiada siapa yang tahu. Makan minum mereka bukan disuap oleh tangan darah daging sendiri. Sedihnya!

Bila demam sikit je bukan teruk mana pun Emak Ayah akan buat macam-macam nak redakan panas. Dipaksa makan panadol, minum adem sari, minum 100plus...nak apa je semua dapat masa tu. Even tak sakit pun masih dapat apa yang mahu. Bila aku mengadu tentang kesihatan diri kepada Emak Ayah, macam-macam mereka hulurkan ubat sebagai bekalan, tak kira semahal apa pun ubat tu..tak setara dengan nilai kasih sayang mereka untuk melihat anak mereka sihat. Bila balik bercuti dari Uia, mereka akan bertanya perubahan aku. " Kenapa kulit lebam tu?" Allah..tajamnya penglihatan mereka. Sekecil-kecil perubahan pun tahu. Itu bukan lebam, hanya bekas kulit sensitif. Mulalah mereka risau dan banyak tanya tentang pemakanan aku kat sana. Aku pun tak tahu..benda tu kadang-kadang datang tak beri salam. Kulit aku yang sangat sensitif merah-merah dah jadi biasa bila dengan roomate aku. Kadang-kadang tak dapat ubat, tapi dapat marah, lagi-lagi dengan partner aku tu. -.-"

Bila nak mengadu..nak bercerita..tinggal menekan butang hijau, panggilan disambung kepada Emak Ayah. Tapi pakcik-pakcik ni? Nak tekan butang nombor pun mungkin tak tahu nombor anak macam mana nak disambungkan ke Anak-anak?

Tiba-tiba terfikir hari raya! Macam mana? Siapa jenguk? Anak-anak mereka? Alhamdulillah kalau ya. Kalau tak??



 Dr. Abdullah pun bercerita..kita hidup kat dunia ni menumpang saja. Kita lahir..Mak ayah kita besarkan kita. Banyak berkorban. Bila dah dewasa, pergi kerja kat bandar..tinggal kat bandar. Bila balik ziarah ibu bapa? Setahun sekali..itu pun Hari Raya! Kadang-kadang balik tu cakap je nak makan apa, mesti Ibu masakkan..sehari dua kat rumah, nak balik bandar balik..kita tengok Ibu Ayah kita hilang..sembunyi kat bilik, sapu sampah kat luar..sebenarnya mereka tak nak anak-anak diorang balik. Bila dah tua, mereka mahukan kasih sayang je dari anak sebenarnya. Bukan wang ringgit. Kadang-kadang mereka terpaksa pura-pura sakit sebab rindu nak tengok anak balik. Adik-adik kat sini, jangan buat macam tu ya. Hargai ibu ayah kita. :')

Aku : Mak..Ayah..Fada nak balik.
Jiwa : Nak balik ya balik...

Aku : Ayah..tak rindu kat Fada ke?
Ayah: Rinduu..tapi nak buat macam mana, belajar jauh..kene faham.
Aku : Ayah...Fada nak bercinta boleh?
Ayah: ....Ya boleh..tapi cari yang beragama.
Aku : Ermm..tak nak lah. Beragama ramai, tapi yang FAHAM agama susah nak dapat, ayah.
Ayah: Ayah tak kisah kalau ada yang terbaik untuk Fada, ayah terima...
Aku : Haa..yang terbaik tu lah yang tak akan ajak anak ayah buat maksiat! Maknanya NO FLIRTING2 kat anak ayah. Kalau betul niat baik, kenelah mengurat Ayah dengan Mak. Kan?
Ayah: Hehe..ok. Belajar betul-betul la kalau macam tu.
Aku : InshaAllah..doakan Fada jadi anak solehah, Allah jaga...lepastu..
Ayah: Apa?
Aku : Dapat menantu yang pandai sembelih ayam. hahaha.
Wooo..bila ayah sambung buat lawak memang kalah aku. -.-"

Mak..by hook or by crook Fada nak juga berbual dengan mak even mak kerja. Kadang-kadang balik kelas nak ada 'kawan' alam maya bercakap dalam telefon. Biar mak penat dengar, biar kredit Fada habis, asalkan hati lega gembira. :')
Ayah..nak selalu dengar suara romantik, lembut dan manja ayah bila Fada kat Uia ni. Bila Fada telefon, ayah angkatlah jangan tidur...
ILYSM mak ayah! <3

" Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."
-An-Naml : 19-

wassalam.

No comments:

Post a Comment