Saturday 25 August 2012

Mahabbah Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk short sem cuma ada 6 credit hours je. So, boleh add 2 subjek. Supposedly memang aku add 2 subjek. Tapi entah macam mana aku terdrop 1 subjek then nak add balik memang dah selamat laa tempat kosong tu. Kelas aku pun Isnin dan Rabu saje + tutorial. Memang leisure lah dalam bilik. Dah lah tingkat 4, bertuah kalau aku nak turun keluar. Haa..tak lama tu memang pack jadual aku. Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat ade kelas even Khamis tu actually tutor..yg aku kdg-kdg ade kdg-kdg tak ade. Hee. Tak apa..tiba-tiba rasa useless skip kelas tu sebab Madam beriya semangat buat kelas sebab nak tolong students tapi aku? Haishhh.

Untuk Ramadhan kali ni. Seriously nak balik awal puasa konon nak sahur sama family. Tapi! Aku Jumaat tu pula Midterm..Isnin kelas. Then telefon Ratu Hati minta simpati tapi kali ni aku kalah. Aku tak boleh balik sebab kelas tu penting. Ok. Then, menumpang kasih kat rumah partner..Sob..sob..sedih sedih. Tapi Alhamdulillah aku ditemani oleh Mek Qlate yang sama-sama tak balik. Hee. Balik ke Uia pagi lepas Subuh. Disebabkan body clock belum sesempurna nak ubah, terlajak lah aku. Warghhhhh! Mana kelas aku hari Isnin tu? Kelas atas katil. Memang bersalah sangat-sangat. Senyap je tak kepoh-kepoh. Risau. Yelah, tak balik Johor konon nak cover kelas Isnin tu, tapi dah ada kat Uia pun tak dapat nak cover kelas tu. -.-" Telefon Ratu Hati minta maaf untuk case yg careless tu. Malu bila Mak gelakkan.

Senyuman terukir bila menerima mesej dari Ustaz.
' Salam ramadhan karim, dlm banyak2 doa yg ikhlas tu, jangan lupakan doa utk saya juga ya!! Moga terus menggandakan amalan ibadat kita dalam fasa kedua ramadhan ni!'
Terharu dapat mesej dari lecturer. Tak terlintas pun bila spread mesej Selamat Menyambut Ramadhan tu nak send ke lecturer antara ramai-ramai yg ada. Lecturer pula yang ingat student. Hee~



Bila sambut Ramadhan kat Uia, sumpah seronok sangat. Alhamdulillah..pengalaman yang paling manis, bermakna dan tak dapat nak lupakan. Terawih di Rumah Allah..Subhanallah..ramai sangat orang. Biasanya kiteorang akan terkedek-kedek pergi sana sebab nak dapat aura tu. Lepas solat Isya' berjemaah, telinga kami akan dihidangkan sedikit tazkirah sebelum nak memulakan Solat Terawih. Selepas habis solat Terawih sebanyak 10 Raka'at, kami akan berhenti sebentar untuk mendengar tazkirah lagi sekali tapi dalam bahasa Inggeris pula untuk pemahaman foreigner yang ada. Timbul perasaan sayang nak tinggalkan suasana tu.

" Fada dah tengok jadual final?"
" Dah keluar ke?"
" Dah.."
" Tengoklah cepat..boleh beli tiket balik. Lambat-lambat nanti tak ada tiket."
" Nantilaaa.."
" Cepatlah tengok!"
" Aishhh..."

Nak tengok jadual final pun kene paksa. Beli tiket balik pun kene paksa. Siapa yang nak exam? Siapa yang nak balik ni? Tengok pun kecik-kecik kan mata..bukan sebab tak nak tengok tapi sebab banyak sangat  code-code yang dicampur sekali. Tiba-tiba...

" Ok dah."
" Bila?"
" Khamis pagi."
" Hari last exam."
" Huh? Raya bila?"
" Ahad."
" Ahad? Aik, tak kan laa.."
" Tak kan lah apa?"
" Tak kan lah puasa kat rumah sehari je. -.-"
" Balik Khamis petang lah...Eh, Tapi sayang pula terawih.."
" Tak boleh...sebab ade kawan nak balik saing. Tapi paper BM dia petang Khamis."
" Balik Jumaat pagi la macam tu."
" Ermm..tu je yg ade."

" U ni kan mesti selalu macam ni kan.."
" Macam apa?"
" Iyelah, kalau dah awal, awal sangat. Bila dah lambat, lambat sangat. Hari tu awal puasa tak dapat balik sebab Jumaat midterm, ni final exam hari last. Asyik tercicir je..Sem lepas pun sama juga. Orang dah balik, dia sibuk ade kelas nak midterm pula."
" Hahaha...mana tahu. Budak econs memang macam tu kot."
" Tak..tengok En tak macam tu pun. U je yg asyik tercicir."
"( -.-")....."

[Kalau boleh aku buat jadual sendiri, aku dah buat dah. Tapi aku insan kerdil yang tak ada kuasa nak cepatkan or lambatkan exam-exam tu].

Khamis 16 Ogos. 9.00 pagi-12 tghari. Nak balik mahallah ni..hujan lebat kat luar. Alhamdulillah, nasib baik aku tergerak nak bawa payung. So, dapat lah aku balik bilik kejar katil! Hee~



Untuk 10 malam terakhir, rumah Allah tu bertambah meriah bila ramai sangat orang beriktikaf. Mereka yang masih pelajar sekolah, mereka dari kaum ibu, mereka yang berkerjaya, mereka yang berkeluarga...masing-masing tak nak lepaskan peluang bersama-sama mencari malam Lailatul Qadar yang penuh istimewa tu. Subhanallah..masjid tu penuh! Nak tidur pun kene menyelit...bacaan Al-Quran sering kedengaran..semua sibuk bercinta dengan Dia. Allahu Akbar! Tersenyum sendiri. Bila solat sunat berjemaah pagi tu..bila kedengaran suara mengaminkan bacaan Fatihah yang imam baca, jiwa bergetar bila frekuensi suara tinggi dan dapat digambarkan jumlah jemaah lelaki di bawah ramai. Menoleh melihat jemaah wanita di sekeliling, juga ramai. Sesuatu yang aku tak pernah duga aku diberi peluang berdiri antara mereka. Alhamdulillah. Indahnya Islam, Indahnya Iman, Indahnya Ihsan.

Tazkirah favourite :

  • Bila Syaitan diikat,Jangan biarkan benih 'mereka' melekat.Semoga Ramadhan kali ini memberi wajah & sinar baru utk kita. InsyaAllah. :)
  • Reading the Qur'an with our whole heart & be with Allah- there is bless & nikmat from Him. Subhanallah. :')
  • Ustaz ingatkan Allah melarang mempersenda2kan & memperolok2kan org lain. Lagi2 kalau memberi gelaran yg mengaibkan. Sebab mungkin org tu lbh baik dr kita. Minta maaf banyak2 kalau pernah tersilap kata. Semoga Ramadhan kali ni lbh dpt menjaga lidah. Aja aja mujahadah! :')Astaghfirullah.



Dikelilingi mereka yang mencari cinta hakiki,
majlis ilmu dipenuhi,
untuk dijadikan bekalan diri,
meningkatkan benteng iman dihati,
agar bertemu cinta sejati,
yang hanya milik Ilahi.
:')
semoga istiqomah setiap hari.
walau bukan bulan Ramdahan yg dijalani.


No comments:

Post a Comment