Monday 22 October 2012

TEGURAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Agama itu nasihat,
Manusia itu lupa,
Agama itu memberi maslahat,
Manusia itu yang kadang alpa,
Saling menegur bukan bermakna hebat,
Sekadar menegakkan syariat.

Mungkin aku tak perasan,
Mungkin aku masih dalam kejahilan,
Mungkin ketika itu aku kealpaan,
Mungkin diulik fatamorgana yang terasa keindahan,

Tapi..
Aku berbisik dengan penuh rasa
agar diberi kelapangan menerima teguran,
agar dibuka minda menerima kritikan,
agar hati mendapat ketenangan.

Teguran,
bukti cinta Allah dalam mentaatiNya,
bukti cinta keluarga dalam menuju jannahNya,
bukti cinta sahabat dalam melayari pentas duniaNya.


Cinta Allah cinta sejati,,
kerana itu aku selalu mendoakan agar ditegur tatkala keindahan yang sementara asyik dinikmati,
ketukkanlah minda, getarkanlah rasa dengan janji Allah yang pasti,
bahawa orang yang saling mencintai kerana Rabbi,
akan diketemukan di syurga Firdausi.
InshaAllah.
:')

Sunday 14 October 2012

KEJAYAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Ketika ditanya oleh Hilal Asyraf apa makna kejayaan yang hakiki...minda aku ligat berfikir.

Adakah dengan status sebagai undergraduate di salah sebuah IPTA ataupun IPTS, cukup masa memgang segulung Ijazah...itukah kejayaan yang hakiki?
Atau..
Lepas habis bertungkus lumus menelaah huruf dan nombor, pabila melangkah ke alam pekerjaan, mendapat kerja yang bagus dan gaji yang gah lumayan...inikah kejayaan yang hakiki?
Atau..
Bercinta berkepit bagai nak rak, menuntut kata janji setia sehidup semati, melangkah ke gerbang perkahwinan...adakah kejayaan hakiki juga?

Ohh..DUNIA! Makin dikejar, makin banyak yang tak tercapai. Makin dibiar, makin jauh kita ditinggalkan.

Dan..yang sebenarnya.

Kejayaan hakiki itu jawapannya ada di Surah Ali Imran ayat 185 :
" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"

Erk. Tiba-tiba rasa dangkalnya misi hidup bila kesemua hanya bertunjangkan akar kehidupan dunia semata.
Sedangkan akhirat adalah negeri yang abadi. Kejayaan hakiki yang dimaksudkan itu adalah apabila kita diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Hidup terpelihara dalam ruang lingkup batasan syari'ah, kerana kita akan balik bertemu Allah.

Bila datang anugerah ( kebolehan) anugerah itu tidak akan merosakkannya, lalu ia bersyukur dengan menggunakan kebolehan itu untuk Islam.
Bila datang musibah, musibah itu tidak merosakkannya, lalu ia bersabar.

Tipu lah kalau aku kata aku tak pernah malas nak pergi kelas, lambat masuk kelas apatah lagi. Hurmm.
Bila diberitahu BELAJAR ITU AMANAH..TAK BELAJAR atau TAK PERGI KELAS dikira khianat dan tak takut Allah, meremang bulu roma aku. Datang ke kampus dengan niat asal Lillahi Ta'ala.

Bila aku ditegur seorang sahabat ketika sibuk berkemas untuk ke kelas berikutnya.

Dia : Fada!
Aku : Ya! Kenapa?
Dia : Dah betulkan niat?
Aku : Niat apa?
Dia : Kerana Allah...kakak naqibah aku selalu pesan selalu      perbaharui niat kita pada permulaan, pertengahan dan akhir setiap sesuatu yang kita buat. Lillahi Ta'ala, semoga dapat keberkatan.
Aku : Haa..Allah, lupa. Jzklh khair ingatkan aku.

Teringat ketika aku duduk bercengkerama bersama seorang sahabat suatu hari itu di biliknya..

Dia : Fada...belajar sungguh-sungguh tau. Peluang belajar yang kita ada ni sangat bermakna.
Aku : InshaAllah..
Dia : Kita kan perempuan. Perempuan kalau tak ada hal penting kan       tak boleh keluar rumah.
Aku : Hee..betul.
Dia : Kita keluar sebab nak menuntut ilmu. Jihad fisabilillah!
Aku : Emm..Fada pernah dengar bila kita keluar menuntut ilmu dan ke majlis ilmu tu setiap derapan langkah kaki kita akan dapat pahala...makhluk di langit dan di bumi pun turut sama mendoakan kita. Subhanallah..seronok kan!
Dia : Betul betul. Sangat seronok. Ok. Lepas ni rajin rajin pergi kelas ya..
Aku : Heh..Fada tak pernah ponteng...
Dia : Iya ke?
Aku : Tak pernah ponteng lebih 3 hari laa...hahaha.

Alhamdulillah, bila diri terlupa, ada sahabat yang mengingati. Bila semangat kian pudar, ada sahabat yang teguh disisi. Bila malas bertandang, wajah mak ayah dibayangi. Bila kaki lemah longlai, ada Dia yang berbisik  ada cinta di sana nanti! Mujahadah! InshaAllah.
Rabbi yassir wala tu'assir.
Bismillah.