Friday 27 July 2012

HATI YANG PUASA

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau kita kata kita puasa, kita tak makan, kita pun tak minum.
Itu, bentuk fizikal luaran sahaja yang kita nampak.
Erk. Sebab puasa tu kan menahan diri dari lapar dan dahaga. SAHAJA ke?

Kalau kita kata HATI kita yang puasa...
Maca mana pula?
Ada ke hati yang puasa?
Allah, bila ustaz kongsikan semalam
Rupa-rupanya, bila kita kata kita puasa, hati kita pun perlu ditarbiyah untuk sama sama berpuasa.
Bila kita puasa, tapi masih berani buat maksiat..betul ke kita puasa?
Bukan ke puasa tu dapat menundukkan hawa nafsu?
Wallahu'alam. Itu urusan manusia dengan Dia.

InsyaAllah, kat sini akan dikongsikan apa itu hati yang berpuasa.

HATI YANG BERPUASA.

1) Hati yang perlu menahan & mencegah daripada segala bentuk syirik.
Misalnya ragu ragu dengan janji Allah, ragu ragu dengan Al-Quran. Perlulah kita semak balik sayang kita terhadap Allah tu tinggi ke tak. Berusahalah membuang perkara-perkara yang boleh menganggu gugat cinta kita terhadapNya.

2) Meninggalkan segala bentuk niat-niat yang buruk. Allah tak suka, orang pun benci.

3) Menjauhkan bisikan-bisikan jahat di persekitaran. Bila ustaz cakap juahkan diri daripada benda-benda yang lagho, yang membawa kita kepada lalai contohnya laktop, televisyen...kawan yang tak membantu kita ingat Allah.

4) Tidak mengikuti keinginan. Biasa..makan atau tidur secara berlebihan dari yang sepatutnya.

5) Menjauhi penyakit-penyakit hati.

6) Meninggalkan segala bentuk kebiasaan buruk. Ustaz beri contoh...students..biasanya bila nak belajar tu MALAS, lemah sangat..so, kenelah rajin-rajin dan tekun. Kan mak ayah hantar U utk belajar. -.-" Seriously terasa.

7) Adakah dunia itu telah masuk ke dalam hati kita dan menipu kita? Wallahu'alam. So, kene jagalah.



Bila jiwa yang bersih ===> Menimbulkan amalan yang bersih ===> Menjadikan Istiqomah.



Manusia yang selalu mengingati Allah, jiwanya akan menjadi tenang. Itu. Janji Allah.

" Wahai anak Adam, jika engkau mengingat Aku dalam dirimu, maka Aku akan mengingatimu dalam diriKu."
( Riwayat Ahmad)

Subhanallah. Sweetnya Allah.
Bila kita ingat manusia, belum tentu manusia tu pun ingat kita. Kan?

Ustaz pun menyarankan agar lepas solat, kita kene renung roh kita.
Fada..kita mana boleh nampak roh kita.
Memanglah..tapi maksudnya kat sini..merenung amalan-amalan yang akan kita jadikan bekal untuk ke sana nanti. :)



Untuk tazkirah yang kedua dan di conduct dalam English, even pun sebenarnya isi kandungan tazkirah tu sama..tapi ada juga menangkap isi lain.

Humble will make you closed to Allah.
Read the Qur'an and make Tahajud and do the Qiyam will make our heart strong and help to be a good Muslim. insyaAllah.
We have a lots of models in Islam that can be follow through their ibadah like para sahabat.
Always have a good faith to Allah.
Reading the Qur'an with our whole heart and be with Allah- there is a bless and nikmat from Him. Subhanallah. :')




" Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala dari Allah, ia akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
-HR.Imam Bukhari-

MasyaAllah. Siapa yang tak nak kan bila dosa-dosa diampunkan Allah.
Tak kan masih nak berlumba-lumba buat perkara dosa?
Jom. Rebut peluang ni.
Mak Ayah kita mestilah sayang kita, tapi Allah lagi lagi lagi sayang kita.
Kalau Dia tak sayang..Dia tak kan maafkan segala dosa-dosa kita yang kita sedar atau pun tak bila buat.
Pintu taubat pun terbuka luas sebelum nafas di kerongkong dan hari kiamat berlaku.
Bonus bila menjelang bulan Ramadhan yang mulia ni.
Macam-macam ganjaran Allah offer.
Tak kan kita nak zalim diri sendiri lagi. Kan?
Tepuk dada tanya iman.


Semoga bulan Ramadhan kali ni kita dapat mentarbiyahkan diri dan rohani untuk sama-sama berpuasa.
Kurangkan ke'lagho'an, tingkatkan amalan.
Semoga puasa kita diterima Allah dan menjadi bukti kat padang Mahsyar nanti.
InsyaAllah.
:)


Perkongsian untuk diri sendiri utamanya dan si penjenguk yang sudi membaca.
Jazakallah khair.

No comments:

Post a Comment