Tuesday, 10 July 2012

Bukit Tabur

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah 7-7-2012, pagi Sabtu, aku dan 2 lagi hawary rebut peluang nak panjat bukit Tabur.
Itu
misi sebelum nak sambut Ramadhan yang sangat dinanti-nantikan.

Sangat mencabar fizikal dan mental.
If rasa give up nak terus naik, memang tak kan sampai puncak.
Aku pun terasa boleh ke aku naik, dah nafas macam tak cukup-cukup.
Naik tangga mahallah yang tingkat 4 pun dah berungut, tercungap-cungap
ni..nak naik bukit yang entah berapa tingginya.
Go go!

Fizikal batu yang tajam-tajam
Fizikal bukit yang curam
Fizikal pun mungkin terancam.

Pernah rasa tak kalau orang pandang rendah dengan saiz dan kudrat yang kita ada?
Kau tak boleh buat ni sebab kau macam ni.
Kau tak boleh lepas rintangan ni sebab kau macam tu.
Kau tak boleh ni, kau tak boleh tu.
Kata-kata yang menunjukkan kita terbatas untuk buat apa yang diorang buat.

Tak apa..
jangan risau sebab kita ada Dia.
Kalau orang kata kita tak boleh, kita minta kat Dia supaya beri kebolehan,
Kalau orang kata kita tak mampu, kita minta kat Dia supaya beri kemampuan,
Bersyukur dengan apa yang Dia dah cipta untuk kita,
biar kurang situ, Dia akan lebihkan sini.
Dia kan Maha Adil.
InshaALLAH, Dia akan buat kita bahagia.

' Dan Tuhanmu berfirman, " Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.'
-Ghafir: 60-

Peduli lah orang nak kata kita macam-macam,
minta dengan ALLAH tenangkan kita.
Jangan buat hati kita bersedih dengan kata-kata orang.
Cukup Dia. (:

' Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH, dan ALLAH Dialah Yang Mahakaya ( tidak memerlukan sesuatu), Maha terpuji.'

' Dan bertawakallah kepada ALLAH. Dan cukuplah ALLAH sebagai pemelihara.
-Al-Ahzab: 3-

Alhamdulillah, selamat naik dan turun.
Itu..Allah berikan kemudahan.
Allah dah jaga..kalau dia tak jaga, tak selamatlah kita.
Kan.

Subhanallah!
Melihat keindahan ciptaan Allah..memang cantik.
(:

' Allah Pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu.'
-Az-Zumar: 62-













Wassalam.
(:





No comments:

Post a Comment